Posts

Showing posts from October, 2020

SAMBUNGAN CERITA TAK JADI DAFTAR UKM

             Assalamulaikum pembaca-pembaca semua.Alhamdulillah harini saya sambung cerita tak jadi daftar UKM.Haritu saya tamatkan dekat tunggu kata putus dari pihak UKM.Ya,masa menunggu kata putus dah nak dekat pukul 1.Diorang semua bagitahu tunggu jelah kan,maybe pihak-pihak atasan UKM selesaikan solat jumaat dulu,since haritu hari jumaat kan.Jadi,saya dan keluarga masih meneruskan perjalanan perlahan hahaha sebab kalau dapat tahu awal mungkin dapat balik semula ke rumah.Orang lain pon macamtu jugak,ada yang berhenti dekat RnR dululah sambil-sambil nak tunggu keputusan keluar.Dan ada jugak yang berhenti dekat pondok lah nak makan bekalan yang dibawa.Masing-masing dah tak senang duduk sebab kebanyakannya dah semangat nak daftar masuk esok dan begitu jugak dengan saya yang berhari-hari terbayang macamana hidup dekat UKM nanti.Tapi semua tu hanyalah angan-angan je sebab tak dapat nak jejak pon kaki dekat dalam UKM.          Dalam pukul 4 kalau tak silap,kami sekeluarga berhenti di hent

NAK DAFTAR MASUK UKM TAPI KENA BALIK

    Assalamulaikum pembaca-pembaca sekalian.Seperti yang korang baca tajuk dekat atas tu,ya saya nak daftar Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga biasa dipanggil UKM tapi kena pulang balik ke rumah.Tarikh daftar adalah pada 4 Oktober 2020 dan pada 3 Oktober 2020 tu saya bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi kalau tak salah saya.Pagi tu teruja sangat dah ni sebab esok dah nak pergi daftar masuk ijazah,bangun awal sebab nak kena bertolak awal daripada rumah.Saya menetap di Kelantan dan perjalanan biasanya akan mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur ataupun Selangor.Hanya abah,umi dan saya sahaja yang pergi masa tu sebab kedua-dua adik saya tak mahu ikut kerana agak bimbang pada musim covid19 ni jadi diorag duduk dirumah bersama nenek.     Semestinya saya telah lama mempersiapkan diri dan juga barang-barang yang perlu dibawa kesana,bayangkan satu bonet kereta tu penuh dengan barang saya sahaja😂 bermacam-macamlah barang yang saya bawa.Sebelum bertolak,abah ada bagitah

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )

Image
Assalamualaikum,hi pembaca-pembaca farra tarmizi blog.Terima kasih kerana sudi membaca sambungan pengalaman saya di kolej matrikulasi kelantan dan pada sesiapa yang belum baca part 1 tu korang boleh baca part 1 dulu sebelum korang baca part 2.Alhamdulillah,sambung lagi kita dengan part 2 untuk pengalaman di Kolej Matrkulasi Kelantan. Pertama sekali,saya nak bagitahu pengalaman saya yang paling manis sekali di KMKt iaitu saya dapat kenal classmate2 saya iaitu kelas A1T3 😍,baik sebelum saya kongsi sedikit tentang pengalaman dengan classmate2 saya ni saya nak kongsi satu gambar saya dengan classmate2 saya. Nilah muka-muka yang saya hadap selama setahun duduk dekat KMKt.Dari kanan, Mira, Fatin, Saya, Dysha,Fiey,Mimi,Elin,Yana,Cindy,Hazlin,Jingmin dan yang dekat pula hero-hero A1T3 dari kanan Quyyum,Zul dan Sheikh ( Ketua Kelas). Kenapa saya kata pengalaman manis? sebab selama belajar dekat KMKt,diorang lah yang saya jumpa hari-hari,bergaduhlah,study sama-sama,jadi bila dah habis matrik ni

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

Image
Assalamualaikum,Hi kepada pembaca blog saya sekalian.Harini saya nak share sikit pengalaman saya berada di Kolej Matrikulasi Kelantan,yang terkenal dengan panggilan KMKt.Terlalu banyak sebenarnya pengalaman selama berada di KMKt ni tak kira lah pengalaman pahit ataupun pengalaman manis,walaupun pahit tetap juga pengalaman yang tak dapat saya lupakan kerana peluang hanya sekali sahaja seumur hidup kalau nak masuk ke mana-mana kolej matrikulasi ni.Pertama sekali saya nak bagitahu yang saya sama sekali tak mintak pon nak masuk KMKt ni sebabnya plan nak belajar dekat luar daripada tempat asal saya di Kelantan ni 😂,antara Kolej Matrikulasi yang saya mintak masa tu adalah Perlis,Selangor dan Johor kalau tidak silap saya.Dalam hati memmang betul-betul nak belajar daripada Kelantan tapi dah takdir dapat di Kelantan dan saya tak menyesal langsung dan seronok dapat belajar di KMKt. Sebenarnya tidak kisah pon dapat mana-mana sebab belajar dekat mana pon lebih kurang sama sahaja,yang berbeza bias

CARA-CARA NAK DAPAT HARGA POSTAGE MURAH (SELLER)

Image
CARA-CARA NAK DAPATKAN HARGA POSTAGE YANG LEBIH MURAH BAGI SELLER YANG BARU Assalamualaikum,Hi kepada pembaca-pembaca sekalian.Korang dah baca tajuk dan korang mesti excited kan nak tau apa yang akan saya kongsikan dalam blog saya kalini,lagi-lagi kepada seller yang baru nak mula buat business.  Sebelum saya teruskan dengan perkongsian pada kalini,sekiranya pembaca sekalian ada soalan yang ingin ditanyakan boleh tinggalkan komen dibahagian komen dibawah. Pertama sekali,saya akan senaraikan dan sertakan link website yang seller diluar sana boleh guna untuk dapatkan harga postage yang lebih rendah daripada biasa:   i. MyParcelAsia     https://myparcelasia.com/ ii.Sendparcel     https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home iii.EasyParcel     https://easyparcel.com/ Diatas adalah senaraikan website yang kita boleh guna untuk dapatkan harga penghantaran yang percuma.Seterusnya,saya akan menerangkan perbezaan antara ketiga-tiga yang diatas: i.MyParcelAsia       Bagi MyParcelAsia,ia hanya men

Kucing saya dilanggar kereta

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,sebelum saya memulakan cerita saya izinkan saya memperkenalkan diri saya dahulu.Nama diberi Farra Hayani Binti Mohd Tarmizi,dikenali sebagai farra.Berbalik kepada tajuk saya diatas,saya ingin menceritakan tentang kucing saya yang baru sahaja dilanggar oleh sebuah kereta pada waktu malam menyebabkan saya tidak tahu siapa yang telah melanggar kucing saya.Alhamdulillah kucing saya tidak tapi mengalami luka yang agak parah pada kaki kanan belakang dan hanya nampak tulang sahaja.Kejadian ini baru semalam iaitu 2 hari termasuk tarikh saya menulis ini.      Sebelum itu,saya ingin menceritkan reaksi saya apabila melihat keadaan kucing saya yang dilanggar.Pada malam kejadian saya telah terdengar bunyi kereta yang seolah-olah berhenti secara tetapi saya hanya berfikiran positif mungkin kereta tersebut hanya ingin u-turn dihadapan rumah saya.Pada waktu malam memang semua kucing saya akan duduk diluar rumah.Pagi keesokan harinya nenek saya memberitahu sa