SAMBUNGAN CERITA TAK JADI DAFTAR UKM

            Assalamulaikum pembaca-pembaca semua.Alhamdulillah harini saya sambung cerita tak jadi daftar UKM.Haritu saya tamatkan dekat tunggu kata putus dari pihak UKM.Ya,masa menunggu kata putus dah nak dekat pukul 1.Diorang semua bagitahu tunggu jelah kan,maybe pihak-pihak atasan UKM selesaikan solat jumaat dulu,since haritu hari jumaat kan.Jadi,saya dan keluarga masih meneruskan perjalanan perlahan hahaha sebab kalau dapat tahu awal mungkin dapat balik semula ke rumah.Orang lain pon macamtu jugak,ada yang berhenti dekat RnR dululah sambil-sambil nak tunggu keputusan keluar.Dan ada jugak yang berhenti dekat pondok lah nak makan bekalan yang dibawa.Masing-masing dah tak senang duduk sebab kebanyakannya dah semangat nak daftar masuk esok dan begitu jugak dengan saya yang berhari-hari terbayang macamana hidup dekat UKM nanti.Tapi semua tu hanyalah angan-angan je sebab tak dapat nak jejak pon kaki dekat dalam UKM. 

        Dalam pukul 4 kalau tak silap,kami sekeluarga berhenti di hentian dah nak dekat sampai Kuala Lumpur dah.Dan kami semua dah rancang nak datang dulu Selangor dan tinggal dekat rumah mak sedara di Putrajaya.Singgah di hentian sebab nak solat semua dan makan.Lepas sampai sana baru dapat makluman yang pelajar yang belum datang tak perlu datang daftar masuk untuk esok dan bagi pelajar yang nak juga daftar boleh daftar esok kalau taknak balik kerumah semula.Masa tu dah dilema sebab tak tahu nak duduk dalam kolej atau tak sebab ada sorang kawan ni ajak masuk kolej tapi kitorang lain-lain kolej.Lepas bertolak dari hentian tu asyik terfikir je nak daftar masuk kolej tau tak sebab tengok kes covid19 semakin menaik dan takut kalau tak dapat nak balik rumah dan tersekat je dalam kolej.

      Alhamdulillah tepat pukul 8 malam dah sampai rumah mak sedara dekat Putrajaya dan dekat je rumah dia dengan UKM dalam 15 minit je dari rumah.Sampai je mak sedara terus tanya nak daftar ke tak esok dan dia bagitahu tak payah daftar risau kalau masuk nanti tiba-tiba je umum PKP dah susah pulak duduk sana dahlah negeri orang pulak tu.Dah chat dengan kawan yang macam tak berapa nak je daftar esok.Tapi kebanyakan yang dah sampai akan balik semula kerumah sebab takut terkandas dekat sanalah.Malam tu jugak,abah dengan umi pon bagitahu macam tak berapa nak lepas saya masuk UKM esok dan saya dah putuskan yang taknak masuk UKM sebab takut apa-apa berlaku.Pagi esok pukul 10 kami sekeluarga bertolak balik ke kelantan dari Putrajaya,Tak sempat pon nak pergi UKM huhuhu dan terus bertolak balik je.Alhamdulillah malam sampai di rumah.

       Setakat ni sahaja saya cerita pasal kisah tak jadi nak daftar UKM.Doakan saya dapat melalui hidup belajar secara online ni.Terima Kasih kepada pembaca semua.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )