PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )

Assalamualaikum,hi pembaca-pembaca farra tarmizi blog.Terima kasih kerana sudi membaca sambungan pengalaman saya di kolej matrikulasi kelantan dan pada sesiapa yang belum baca part 1 tu korang boleh baca part 1 dulu sebelum korang baca part 2.Alhamdulillah,sambung lagi kita dengan part 2 untuk pengalaman di Kolej Matrkulasi Kelantan.

Pertama sekali,saya nak bagitahu pengalaman saya yang paling manis sekali di KMKt iaitu saya dapat kenal classmate2 saya iaitu kelas A1T3 😍,baik sebelum saya kongsi sedikit tentang pengalaman dengan classmate2 saya ni saya nak kongsi satu gambar saya dengan classmate2 saya.



Nilah muka-muka yang saya hadap selama setahun duduk dekat KMKt.Dari kanan, Mira, Fatin, Saya, Dysha,Fiey,Mimi,Elin,Yana,Cindy,Hazlin,Jingmin dan yang dekat pula hero-hero A1T3 dari kanan Quyyum,Zul dan Sheikh ( Ketua Kelas). Kenapa saya kata pengalaman manis? sebab selama belajar dekat KMKt,diorang lah yang saya jumpa hari-hari,bergaduhlah,study sama-sama,jadi bila dah habis matrik ni diorang lah saya paling rindu,rindu nak belajar sama-sama nak bergurau antara satu sama lain sebab bila dah masuk Degree ni dah susah nak dapat kawan-kawan yang rapat macamni.Dekat matrik,hampir setiap malam kitorang akan jumpa sebab pelajar-pelajar akaun di KMKt akn ada kelas,lebih kurang macam prep sebab subjek macam akaun,perniagaan dan ekonomi akan ada latihan yang pelajar perlu buat dan wajib datang ke bilik tutorial dan duduk bersama ahli kelas sampai lah siap latihan barulah kitorang kan balik.

Banyak juga aktiviti-aktiviti yang kitorang buat bersama-sama,antaranya adalah masa hari keushawanan kitorang buka gerai bersama-sama menjual air honey dew ,nasi lemak dan takoyaki .Kitorang sempat dua kali buka gerai makanan dan tu jugak salah satu pengalaman yang kitorang takkan lupa sebab sehari sebelum buka gerai tu kitorang sama-sama menghias gerai sampai pukul 11 malam baru lah balik ke asrama,bukan setakat tu je sebab lepas tu kitorang sambung buat persiapan di lobi asrama sesama perempuan sampai kena marah dengan felo sebab buat bising pukul 12 malam 😆.Tapi kitorang tak kesah sangat dan jadikan benda tu sebagai pengajaranlah supaya tak buat bising sesuka hati tengah malam dan ni lah salah satu pengalaman yang paling takkan lupalah sampai bila-bila sebab buat bising sampai kena merah.Kelakar tengok muka masing-masing yang cuak masa kena marah dengan felo waktu tu.

Teringat lagi masa mula-mula kenal waktu kelas pertama masing-masing senyap je dan perangai sopan je awal-awal hahaha biasalah kan kalau mula-mula jumpa semua orang macamtu takkanlah pertama kali jumpa dah tunjuk perangai yang gila-gila tu.Tapi ada sorang laki dalam kelas ni dia lah yang mula-mula agak bising dalam kelas mungkin dia nampak orang lain semua senyap macam takde respon je dalam kelas jadi dia lah yang mula dulu biar orang lain tak malu antara satu sama lain.Tak sampai sebulan pon kenal dah jadi rapat macam dah lama kenal sebab hari-hari kan jumpa,siang malam tengok muka sama je tiap hari tu yang macam tak kekok cuma awal-awal je.Banyak sangat pengalaman dengan diorang ni sampai kadang-kadang rasa sedih bila ingat balik sebab dah susah dah nak jumpa biar lengkap semua macam dulu dan kalau jumpa pon mesti takkan cukuplah semua 13 orang 😢.

Setakat inilah dahulu saya kongsikan pengalaman saya dengan rakan sekelas saya di KMKt.Inshaa allah di lain blog kalau berkesempatan saya akan kongsikan pengalaman yang lain pula kerana ini baru sedikit saya kongsikan.Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi baca sampai habis.


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1