NAK DAFTAR MASUK UKM TAPI KENA BALIK

    Assalamulaikum pembaca-pembaca sekalian.Seperti yang korang baca tajuk dekat atas tu,ya saya nak daftar Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga biasa dipanggil UKM tapi kena pulang balik ke rumah.Tarikh daftar adalah pada 4 Oktober 2020 dan pada 3 Oktober 2020 tu saya bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi kalau tak salah saya.Pagi tu teruja sangat dah ni sebab esok dah nak pergi daftar masuk ijazah,bangun awal sebab nak kena bertolak awal daripada rumah.Saya menetap di Kelantan dan perjalanan biasanya akan mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur ataupun Selangor.Hanya abah,umi dan saya sahaja yang pergi masa tu sebab kedua-dua adik saya tak mahu ikut kerana agak bimbang pada musim covid19 ni jadi diorag duduk dirumah bersama nenek.

    Semestinya saya telah lama mempersiapkan diri dan juga barang-barang yang perlu dibawa kesana,bayangkan satu bonet kereta tu penuh dengan barang saya sahaja😂 bermacam-macamlah barang yang saya bawa.Sebelum bertolak,abah ada bagitahu yang USM dah batalkan pendaftaran untuk pelajar yang bakal masuk tapi siapa yang dah datang boleh daftar kolej.Dan masa tu universiti-universiti lain masih belum ada maklumat apa-apa tentang pembatalan pendaftaran,sebab tulah kitorang sekeluarga masih meneruskan perjalanan ke Selangor.Sampai di R&R Gua Musang dan saya tengok ramai orang,terfikir mesti ramai yang nak gi daftar Universiti semuanya ni 😂.Lagilah teruja sebab ramai orang kan,rasa nak masuk UKM tu membuak-buak.Masatu masih belum ada maklumat lagi pasal pembatalan pendaftaran.

    Kami sekeluarga teruskan perjalanan lagi,masatu telefon dah mula berbunyi,tengok-tengok dah kecoh dah pasal pembatalan pendaftaran universiti-universiti awam ni tapi masih belum ada kata putus lagi berkenaan pembatalan pendaftaran untuk UKM.Masa tu dah nak sampai bentong ataupun raub kalau tak silap,dapat whatsapp yang KPM keluarkan pekeliling yang pendaftaran untuk universiti-universiti awam telah ditangguhkan tapi dari pihak UKM masih belum ada kata putus lagi.Kami sekeluarga dan berfikir dah nak patah balik tapi masih teruskan perjalanan tapi sedikit perlahan takut pihak UKM ada keluarkan pekelilling berkaitan pembatalan kerana masa tu pihak UKM tengah adakan mesyuarat.Dalam group whatsapp masih bising sebab mereka ramai yang ingin berpatah balik tapi masih belum ada kata putus dari pihak UKM.

    Setakat ini sahaja dulu perkongsian saya,saya akan sambung di bahagian.Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.Nantikan bahagian 2 ye semua.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )