Kucing saya dilanggar kereta

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,sebelum saya memulakan cerita saya izinkan saya memperkenalkan diri saya dahulu.Nama diberi Farra Hayani Binti Mohd Tarmizi,dikenali sebagai farra.Berbalik kepada tajuk saya diatas,saya ingin menceritakan tentang kucing saya yang baru sahaja dilanggar oleh sebuah kereta pada waktu malam menyebabkan saya tidak tahu siapa yang telah melanggar kucing saya.Alhamdulillah kucing saya tidak tapi mengalami luka yang agak parah pada kaki kanan belakang dan hanya nampak tulang sahaja.Kejadian ini baru semalam iaitu 2 hari termasuk tarikh saya menulis ini.

     Sebelum itu,saya ingin menceritkan reaksi saya apabila melihat keadaan kucing saya yang dilanggar.Pada malam kejadian saya telah terdengar bunyi kereta yang seolah-olah berhenti secara tetapi saya hanya berfikiran positif mungkin kereta tersebut hanya ingin u-turn dihadapan rumah saya.Pada waktu malam memang semua kucing saya akan duduk diluar rumah.Pagi keesokan harinya nenek saya memberitahu saya bahawa kucing saya telah kena langgar dan kaki kanan belakangnya telah luka agak teruk.Saya agak terkejut waktu itu tapi alhamdulillah kucing saya mash boleh survive.Amat kesian apabila saya melihat keadaan kucing saya kerana kalau kita yang kena pasti tidak akan dapat menahan kesakitan akibat dilanggar oleh kereta.

     Saya masih tidak sempat ingin membawa kucing saya ke klinik atas faktor kekangan masa dan alhamdulillah ayah saya telah menyapu ubat sebanyak 3 kali sehari dan harini luka di bahagian kaki kanan telah kering.Walaupun begitu,kucing saya tetap boleh bergerak dan berjalan tapi bukan seperti keadaan yang biasa.Inshaa allah jika tiada apa-apa hal,petang ini saya akan membawa kucing ke klinik haiwan kerajaan yang berdekatan bagi mencuci luka ataupun membeli ubat untuk luka kucing dan mendapatkan nasihat doktor di klinik tersebut jika perlu membawa kucing saya ke klinik atau tidak.Hal ini kerana,keadaan kucing saya bukanlah amat teruk kerana dia masih boleh berjalan perlahan-lahan.

   Setakat ini sahaja blog saya pada hari ini,Inshaa allah saya akan menulis blog pada hari lain.Bagi sesiapa yang membaca blog saya dan tahu macam mana ingin merawat luka kucing yang dilanggar bolehlah share serba sedikit tips tersebut.

   

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )