CARA-CARA NAK DAPAT HARGA POSTAGE MURAH (SELLER)

CARA-CARA NAK DAPATKAN HARGA POSTAGE YANG LEBIH MURAH BAGI SELLER YANG BARU

Assalamualaikum,Hi kepada pembaca-pembaca sekalian.Korang dah baca tajuk dan korang mesti excited kan nak tau apa yang akan saya kongsikan dalam blog saya kalini,lagi-lagi kepada seller yang baru nak mula buat business. Sebelum saya teruskan dengan perkongsian pada kalini,sekiranya pembaca sekalian ada soalan yang ingin ditanyakan boleh tinggalkan komen dibahagian komen dibawah.

Pertama sekali,saya akan senaraikan dan sertakan link website yang seller diluar sana boleh guna untuk dapatkan harga postage yang lebih rendah daripada biasa:
 
i. MyParcelAsia
ii.Sendparcel
iii.EasyParcel

Diatas adalah senaraikan website yang kita boleh guna untuk dapatkan harga penghantaran yang percuma.Seterusnya,saya akan menerangkan perbezaan antara ketiga-tiga yang diatas:

i.MyParcelAsia
   

  Bagi MyParcelAsia,ia hanya menawarkan courier Poslaju,NationWide dan Aramex sahaja.Kebanyakan seller yang ramai menggunakan couries Poslaju,kerana courier ini lebih dikenali berbanding Nationwide dan Aramex.Tetapi harga parcel adalah mengikut berapa yang kita topup di akaun tersebut dan lagi banyak kita topup lagi murahlah kita akan dapat harga bagi satu parcel.Minimum yang korang boleh topup adalah RM50 je.Murahkan dan sangat jimat.

ii. Sendparcel
                                   

 Bagi sendparcel pula,courier yang digunakan hanyalah Poslaju sahaja.Berdasarkan yang saya tahu ,Sendparcel ni dibawah syarikat Poslaju sebabtu lah sendparcel hanya tawarkan Poslaju sahaja.Mungkin sebab pihak Poslaju taknak bagi kita beratur panjang2 dekat poslaju berjam-jam lama hanya untuk hantar parcel je sebab semua benda kita boleh siapkan dekat rumah je dan tak payah dah nak tulis2 hanya taip dalam telefon ataupun laptop dan print.Dekat situ banyak kita boleh dijamatkan masa.

iii.EasyParcel
                                                 

  Berbeza pula dengan EasyParcel ni,lebih banyak courier yang kita boleh guna seperti J&T,NinjaVan dan banyak lagi courier lain.Korang boleh try bukak website yang saya dah bagi kat atas kalau nak tau courier apa lagi yang ada.Secara jujurnya,saya suka gunakan EasyParcel sebab utamanya harga untuk kita topup minimun RM20 je berbanding MyParcelAsia RM50.Jadi,kalau seller-seller yang baru ni saya cadangkan korang guna easyparcel kalau barang yang nak pos tu sikit je sebab baru start business kan.Sekarang pon saya guna easyparcel dan baru je beberapa hari pakai.Setakat ni masih berpuas hati.

Setakat ni saja saya share,lain hari saya akan kongsikan cara macam mana nak guna apa yang saya bagitahu.Saya nak minta maaf kalau ada tersalah info tentang perkongsian saya.Kepada yang baca,kalau korang perasan ada kesalahan boleh terus komen supaya saya dapat betulkan dan tak lah sampaikan info yang salah.Sekian,Assalamualaikum.








Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )