PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1



Assalamualaikum,Hi kepada pembaca blog saya sekalian.Harini saya nak share sikit pengalaman saya berada di Kolej Matrikulasi Kelantan,yang terkenal dengan panggilan KMKt.Terlalu banyak sebenarnya pengalaman selama berada di KMKt ni tak kira lah pengalaman pahit ataupun pengalaman manis,walaupun pahit tetap juga pengalaman yang tak dapat saya lupakan kerana peluang hanya sekali sahaja seumur hidup kalau nak masuk ke mana-mana kolej matrikulasi ni.Pertama sekali saya nak bagitahu yang saya sama sekali tak mintak pon nak masuk KMKt ni sebabnya plan nak belajar dekat luar daripada tempat asal saya di Kelantan ni 😂,antara Kolej Matrikulasi yang saya mintak masa tu adalah Perlis,Selangor dan Johor kalau tidak silap saya.Dalam hati memmang betul-betul nak belajar daripada Kelantan tapi dah takdir dapat di Kelantan dan saya tak menyesal langsung dan seronok dapat belajar di KMKt.

Sebenarnya tidak kisah pon dapat mana-mana sebab belajar dekat mana pon lebih kurang sama sahaja,yang berbeza biasanya adalah persekitaran sahaja.Saya merupakan pelajar aliran Perakaunan di Matrikulasi tapi tiada langsung asas Akaun dalam otak ni sebab saya sebenarnya asal pelajar aliran Sains Tulen sewaktu di MRSM dahulu dan saya juga saya tidak menyesal sedikitpon bila tukar aliran sains ke akaun walaupun sedikit sukar pada awalnya kerana tiada sedikit pon asas akaun,ekonomi dan perniagaan.Bagi korang yang nak tau,siapa-siapa yang ambil aliran perakaunan di matrikulasi ni korang akan ambil 4 subjek wajib iaitu Perakaunan,Ekonomi,Pengurusan Perniagaan dan juga Matematik.Jangan risau,semua benda ni kita akan belajar dari zero dan pensyarah-pensyarah akan ajar sampailah korang faham,sebab pensyarah di matrik ni seakan sama perwatakannya dengan cikgu di sekolah menengah.

Lupa nak bagitahu,untuk blog ni saya akan menceritakan sedikit pengenalan sahaja dahulu dan saya akan ceritakan dengan lebih jelas dan banyak di part 2 nanti.Sambung lagi,untuk pengetahuan korang juga saya nak bagitahu yang matrikulasi ni hanya ada dua aliran iaitu Sains dan juga akaun sahaja tapi ada beberapa matrikulasi yang menawarkan aliran kejuruteraan seperti di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah kalau tak silap saya.Sedikit info juga yang aliran Sains di Matrikulasi ni terbahagi kepada 3 modul iaitu:

1) Modul I - mengambil semua subjek sains ( Biologi,Kimia,Fizik dan Matematik)

2) Modul II - Sains Komputer,Kimia,Fizik,Matematik

3) Modul III - Sains Komputer,Kimia,Biologi,Matematik

Perbezaan bagi setiap modul hanyalah subjek sahaja dan bagis subjek Kimia dan Matematik adalah wajib bagi semua pelajar matrikulasi.Jadi,setakat ini sahaja untuk part 1 dan saya akan sambung lebih lagi di part 2.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )