TIPS NAK RUMAH KITA KEKAL WANGI

 TIPS NAK RUMAH KEKAL WANGI


1.Habuk tak melekat pada perabot.

Bahan-bahan :

1 penutup pelembut fabrik

10 cawan air

Caranya: Bancuhkan kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.Cara ni buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga bau lebih harum.


2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai.

Bahan-bahan :

1 penutup pencuci lantai

Cukubalaga

Air panas

Caranya : Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan dia atas dan mulakan mengemop pada lantai.Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.Kena cuba!


3. Wangikan Rumah

Selain guna penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk,cubalah gunakan petua ni nak pastikan rumah lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-bahan :

1 penutup pelembut fabrik

Cuka

Caranya : Senang saja,dengan mencampurkan kedua bahan ni dan semburkan pada seluruh rumah anda.Gabungan 2 bahan ni memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu.Baunya tahan lebih lama.Paling penting wangi.


4.Segarkan bilik

Bahan-bahan :

1 sudu kecil teh soda bikarbonat

1 sudu teh cuka

1 cawan air

Caranya : Satujkan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.


Kredit: Nik Zainah Muhammad

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )