TIPS MASUK KE UNIVERSITI

   Dalam blog ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk students yang baru nak masuk ke alam universiti ataupun yang dah masuk ke universiti juga berguna.Saya juga baru sahaja masuk ke alam Universiti.Betuk

1.Kenalpasti halatuju selepas tamat pengajian

 Perkara pertama yang wajib dititik beratkan adalah halatuju selepas pengajian.Jika anda ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya,anda wajib tahu kursus apakah yang layak dipohon berdasarkan kelayakan nanti.Jadi,tidaklah ianya bertentangan dengan minat anda kelak.Paling merisaukan jika kursus yang ditawarkan sekarang tidak diterima untuk sambung ke kursus yang diminati di peringkat seterusnya kelak.Contoh,diploma yang diperolehi tidak layan mohon ke kursus degre yang anda inginkan.Bukankah akan menyesal tidak kesudahan kelak? Jadi silalah kenalpasti terlebih dahulu.Bagi yang tidak berminat untuk melanjutkan pengajian atau ingin menangguh hasrat meyambung ke peringkat seterusnya pula,tentu anda ingin bekerja.Jadi,eloklah kenal pasti dahulu kerjaya apakah yang boleh diceburi dengan kelulusan yang dimiliki,tangga gaji dan sebagainya.Misal kata,hasil research anda menunjukkan kurang peluang pekerjaan dalam kursus yang ditawarkan,masih ada kesempatan lagi untuk mengubah keputusan tersebut sebelum tarikh pendaftaran masuk ke IPT.


2. Betulkan NIAT

 Masuk uniersiti sebenarnya untuk apa? Sebab apa kita letak NIAT yang pertama,sebab segala amal perbuatan tu bermula dengan NIAT.Bukan apa,sebab ada juga dari kalangan kita ni mungkin lipa untuk set up niat yang betul.Ada yang niat nak masuk universiti nak cari jodoh atau pasangan hidup lah dan ada juga niat sebab IPT dekat dengan tempat BF/GF dia dan banyak lagi lah niat yang tak betul.Sedangkan kalau NIAT kita betul,sudah tentu banyak manfaat yang kita akan dapat.Macammana nak tahu niat kita betul/tak? Cuba tengok,niat yang terbuku dalam hati atau yang kita lafaz itu mendekatkan kita kepada REDHA Allah atau menjauhkan kita dari redhanya? kalau dekat,insyaa allah benarlah,kalau jauh,perbetulkan balik niat kita.


3.Persediaan fizikal dan mental

 Dunia pelajar universiti tak sama macam dunia pelajar sekolah sebab di universiti lagi besar cabaran dan cara belajar pun berbeza.Jika di sekolah,almost semua perkara diberi oleh cikgu dari A sampai Z tapi di universiti segala bahan belajar harus di cari sendiri.Nota memang para pensyarah sediakan tetapi jika tidak mengimpikan untuk mendapat A atau 3.50 cgpa pergantungan pada nota semata-mata membolehkan korang untuk mencapai setakat B+ sahaja.Jadi di universiti tidak ada istilah mals atau 'aku ingin belajar sendiri'.Mental dan fizikal harus bersedia.Dari segi fizikal bersedialah kerana kelas di universiti tak seperti di sekolah.Jika di sekolah korang pulang pukul 1 tengahari tapi di univerisiti berbeza pula.Di universiti adakalanya kelas sehingga malam.Bergantung kepada pensyarah .Jadi bersedialah dari segi fizikal dan mental.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )