MOVIES SUGGESTION

 MOVIES SUGESSTION

1. BRIGHTBURN


Kisah seorang budak alien yang dibesarkan di bumi.Satu hari,dia mula sedar dia ada superpower.Terus,dia guna untuk buat jahat.Dia akan bunuh sesiapa je yang melawan dia.


2. SNOWPIERCER


Kisah manusia yang terselamat dari cuaca sejuk tinggal dalam keretapi mewah (snowpiercer) yang mengelilingi bumi tanpa henti selama 17 tahun.Akibat ketidakadilan orang kaya kepada orang miskin yang tinggal di gerabak belakang,mereka mula memberontak untuk mengambil alih enjin.

3. UPGRADE

Mamat ni lumpuh dan kekasih dia kena bunuh dari rompakan rambang.Satu hari,kawan dia offer cip (implan) yang boleh buat dia sembuh seperti sedia kala.Tiba-tiba cip tu boleh bercakap dan dia cari balik sapa perompak yang bunuh kekasih dia.

4. TRIPLE FRONTIER

Kisah pesara unit khas AS yang tak puas hati hidup serba miskin selepas bersara.Lepastu dorang bergabung balik untuk misi haram iaitu mencuri duit jutaan dolar dari kartel besar penjenayah Amerika Selatan.Sebab cuai,misi bertukar menjadi misi 'bertahan hidup'

5.I AM MOTHER

Kisah 'mother' iaitu robot yang direka khas untuk mengawal populasi bumi yang dikatakan manusia kian pupus ketika itu.Anaknya daughter yang dijaga dari kecik mula curiga dengan agenda sebenar mother selepas rahsia mother dibongkarkan oleh seorang wanita.

6. MOTHER!

Kisah sepasang suami isteri yang hidup bahagia,tiba-tiba ada pelawat tak diundang datang ke rumah dorang.Lepastu semua orang dalam rumah tu jadi bodoh.Perempuan tu tegur,dorang buat tak tahu je.Habis huru-hara rumah.Semua bunuh sesama sendiri.

7.BEASTS OF NO NATION


Agus,seorang budak kecil yang melarikan diri di dalam hutan akibat perang saudara yang menyebabkan kematian keluarganya.Agus akhirnya ditemui oleh (NDF) National Defense Force, dan dilatih untuk menjadi askar.Sapa mental yang tak kuat takyah tengok movie ni.

8. COLONIA

Diinspirasikan dari kisah benar,lena yang ingin selamatkan teman lelakinya yang ditahan oleh tentera chile.Lena nekad masuk ke Sarkas bekas tentera nazi ( colognia dignidad ) yang dikatakan kem tahanan tentera dan penuh dengan ajaran sesat.

10. SEARCHING

Kisah seorang bapak yang berusaha untuk tracking anaknya yang hilang selama beberapa hari.Semua medial sosial anaknya dia godej,Lepastu,timbullah satu persatu misteri yang tak terselesai.













Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )