ANXIETY YANG SAYA ALAMI

 

     Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.Harini saya nak ceritakan tentang anxiety yang saya alami sejak akhir-akhir ini.Lebih spesfiknya selepas saya masuk degree iaitu di UKM saya kerap mengalami masalah ni.Saya merupakan pelajar tahun satu semester satu kursus keusahawanan.Sebelum saya tahu tentang masalah kesihatan mental anxiety ni baru saya perasan yang sewaktu tingkatan 5 saya telah pon mengalami simptom -simptom anxiety dan pernah sekali mengalami 'panic attack'.Inshaa allah saya akan berkongsi cerita saya terkena 'panic attack' di blog yang lain.

     Saya pada awalnya tidak perasan tentang simptom-simptom yang saya alami ini dan akhir-akhir ini saya perasan kerap berlaku perkara yang saya tidak pernah saya hadapi mungkin kerana sekarang ni adalah minggu akhir sem 1 dan terlalu banyak perkara yang saya perlu selesaikam sebelum habis sem ni.Saya juga berkongsi juga tentang keadaan yang saya kepada kawan terdekat saya dan dia memberitahu mungkin tu adalah simptom-simptom anxiety attack dan dia juga pernah mengalaminya.Sebab tuj jugak lah saya agak yakin yang ni adalah anxiety.Antara simptom-simptom yang saya alami ialah saya selalu sukar untuk bernafas dan nafas saya tu pendek.Contohnya,sejak akhir-akhir ni saya selalu akan tarik nafas dalam-dalam dan tidak macam tarik nafas seperti normal selalu.Perkara ni dah berlaku sebulan yang lalu sehingga sekarang.Ada kalanya saya bernafas dalam keadaan biasa apabila saya berada dalam keadaan tenang.

     Seterusnya,tangan saya jugak kadang-kadang akan menggeletar atau menggigil apabila saya dalam keadaan stress ataupun tengah berdebar tetapi keadaan akan kembali normal seperti sedia kala dalam beberapa minit.Biasanya juga saya akan mengalami rasa berdebar-debar apabila melakukan sesuatu kerja tetapi tidaklah teruk dan perasaan jugak pernah berlaku tetapi amat jarang sekali.Keadaan ni tidaklah selalu berlaku kepada saya dan alhamdulillah kalau berlaku saya masih lagi dapat mengawallnya.Kebiasaanya perkara ini akan berlaku juga apabila saya banyak berfikir tentang pelajaran dan juga ada benda lain yang sedang bermain di fikiran saya walaupun perkara tersebut bukannlah hal yang besar,ianya hanya perkara yang kecil sahaja.Dan juga sampai satu tahap tu saya rasa dan membayangkan saya nak hentukkan kepala adik saya ke dinding kerana amat serabut dengannya yang selalu buat bisinh sewaktu tengah buat kerja.Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi mampu mengawal perasaan dan emosi saya.

     Setakat ini saja dulu saya berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang saya alami sejak akhir-akhir ini.Semoga yang membaca blog ni dapat menjaga diri dan terhindar dari berlaku keadaan seperti saya

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 1

PENGALAMAN DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN PART 2 ( A1T3 )